2xx Berjaya Senarai_kod_status_HTTP

Kelas kod status ini menandakan bahawa tindakan yang diminta oleh pelanggan telah diterima, difahami, disahkan dan diproses dengan jayanya.

200 OKJawapan piawai bagi permintaan HTTP yang berjaya. Jawapan sebenar bergantung pada kaedah permintaan yang digunakan. Dalam permintaan GET, jawapannya ada entiti yang sepadan dengan sumber yang diminta. Dalam permintaan POST pula, ia ada entiti yang memerihalkan atau mengandungi hasil bagi tindakan yang telah dibuat.[2]201 CreatedPermintaan telah ditunaikan dan hasilnya satu sumber baharu telah dicipta.[2]202 AcceptedPermintaan telah diterima untuk diproses, tapi proses belum selesai. Tindakan mungkin akan dibuat keatas permintaan atau sebaliknya, kerana ia mungkin ditolak semasa proses berlaku.[2]203 Non-Authoritative Information (since HTTP/1.1)Pelayan telah memproses permintaan dengan jayanya, tapi memulangkan jawapan yang mungkin daripada sumber lain.[2]204 No ContentPelayan telah memproses permintaan dengan jayanya, tapi tidak memulangkan sebarang kandungan.[2]205 Reset ContentPelayan telah memproses permintaan dengan jayanya, tapi tidak memulangkan sebarang kandungan. Berlainan dengan jawapan 204, jawapan ini memerlukan si peminta menset semula paparan dokumennya.[2]206 Partial ContentPelayan hanya menghantar sebahagian daripada sumber berikutan pengepala julat (range header) yang dihantar oleh pelanggan. Pengepala julat digunakan oleh alat seperti wget demi membolehkan muat turun yang terganggu diteruskan, atau memisahkan muat turun kepada beberapa strim serentak.[2]207 Multi-Status (WebDAV; RFC 4918)Badan mesej ialah mesej XML dan boleh mengandungi beberapa kod jawapan berasingan, bergantung dengan bilangan sub-permintaan yang telah dibuat.[4]208 Already Reported (WebDAV; RFC 5842)Ahli-ahli ikatan DAV telah diangkakan dalam jawapan sebelum permintaan ini, dan tidak disertakan lagi.226 IM Used (RFC 3229)Pelayan telah menunaikan permintaan GET untuk sumber, dan jawapan ialah wakil hasil satu atau lebih pengolahan tika (instance) yang diguna keatas tika semasa.[5]

Rujukan

WikiPedia: Senarai_kod_status_HTTP http://www.getnetgoing.com/HTTP.html http://www.google.com/support/webmasters/bin/answe... http://msdn.microsoft.com/en-us/library/aa142868(v... http://msdn.microsoft.com/en-us/library/cc433481 http://msdn.microsoft.com/en-us/library/dd891478(P... http://msdn.microsoft.com/en-us/library/gg651019 http://support.microsoft.com/kb/943891/ http://savanttools.com/test-http-status-codes http://ftp.ics.uci.edu/pub/ietf/http/draft-cohen-h... http://marc.info/?l=nginx&m=120127275109824&w=2